
Bomba sanitasi Seri Negeri
AYER KEROH 1 Okt. – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri melakukan operasi nyah cemar di kompleks pentadbiran kerajaan negeri, di sini, hari ini.
Menurut Pengarah JBPM Melaka Abu Obaidat Mohamad, proses nyah cemar itu dilakukan pasukan bomba selepas mendapat permintaan daripada pihak kerajaan negeri.
“Sebaik menerima panggilan daripada pihak kerajaan negeri sepasukan anggota dan pegawai kemudian ke Kompleks Seri Negeri bagi melakukan proses sanitasi.

“Ia cuma sanitasi biasa sahaja atas permintaan memandangkan pihak kami mendapat permintaan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Rahmad Mariman ketika dihubungi memaklumkan sebarang pemakluman rasmi akan dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam sidang media harian petang ini.
Terdahulu, tular di media sosial beberapa keping gambar sepasukan bomba memakai pakaian perlindungan diri (PPE) menjalankan proses sanitasi di Seri Negeri.
Tinjauan Melaka Hari Ini di bangunan pentadbiran itu mendapati segala urusan membabitkan kerajaan negeri dihentikan sementara waktu dan hanya akan disambung pada esok.
Views:
Related


Berita Lain
‘KEREPEK PISANG NURUL’ PENYAMBUNG LEGASI KELUARGA
SUNGAI UDANG 2 April - Siapa sangka kerepek pisang yang pada awalnya diusahakan secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan kini menjadi...
10 SEKOLAH LUAR BANDAR MELAKA BAKAL DAPAT MANFAAT ‘SMART CLASSROOM’
REMBIA 2 April - Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 10 buah sekolah lagi di negeri ini akan mendapat manfaat menerusi projek...
ORANG ASLI TEBONG STESYEN, KUBANG BADAK BAGAIKAN ‘KELUARGA’ KETIKA AIDILFITRI
MACHAP JAYA 2 April - Tradisi ziarah menziarahi di perkampungan Orang Asli Kubang Badak dan Kampung Orang Asli Tebong Stesyen...
BANTUAN SEGERA RM5,000 DAN RM2,500 UNTUK MANGSA KEBAKARAN – PM ANWAR
SUBANG JAYA 1 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah yang...
UP TOWN PAYA RUMPUT BEROPERASI SELEPAS AIDILADHA
PAYA RUMPUT 1 April - Uptown Paya Rumput di perkarangan Stadium Hang Jebat, dijadualkan akan mula beroperasi pada Jun ini...
BAZAR IKONIK BANDA HILIR DITERUSKAN SETIAP TAHUN
PAYA RUMPUT 1 April - Kerajaan Negeri memutuskan bahawa penganjuran Bazar Ikonik Banda Hilir akan diadakan pada setiap tahun selepas...