BOMBA, APM PANTAU KESELAMATAN PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA 2024

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

TANJUNG BIDARA 10 September – Aspek keselamatan pengunjung antara perkara penting diberi perhatian sepanjang berlangsungnya Pesta Pantai Tanjung Bidara 2024, hujung minggu ini.

Setiausaha Japerun Tanjung Bidara, Ahmad Warid Ismail berkata, pasukan penyelamat di air akan ditugaskan sebagai langkah bersiap siaga sekiranya berlaku sebarang insiden tidak diingini.

“Sebagai langkah berjaga-jaga dalam mendepani sebarang insiden di luar jangka, kita akan menempatkan dua pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Anggota penyelamat ini akan melakukan pemantauan dan rondaan selain sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia untuk memberi pertolongan kecemasan,” katanya.

Menurut Ahmad Warid, bagi memastikan keselesaan kepada pengunjung, beberapa penambahbaikan fasiliti turut dilakukan di tapak penganjuran pesta tersebut.

“Dari segi pencahayaan, pihak Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) sedang melakukan pembaikan dan penambahan lampu di sekitar lokasi penganjuran,” katanya.

Whatsapp Image 2024 09 10 At 18.51.49
KERJA naik taraf aspek pencahayaan oleh MPAG di Pantai Tanjung Bidara.

Jelasnya, penduduk Melaka khususnya diharap dapat hadir meriahkan Pesta Pantai Tanjung Bidara 2024 kerana pelbagai aktiviti menarik diadakan.

Antara acara menarik yang dijangka menjadi tumpuan adalah seperti Tanjung Bidara Berselawat dan ceramah agama sempena Maulidur Rasul, selain acara sukan seperti sukan tradisional, explorace, fun run dan fun ride serta lain-lain.

Turut diadakan kenduri rakyat, konsert menampilkan artis popular tanah air, pertunjukan bunga api serta pameran aset tentera.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

336
Kongsi :
Previous post SMIX 2024 BERTARAF ANTARABANGSA PADA 10, 11 OKTOBER DEPAN
Next post MENABUNG DI SSPN, BERPELUANG MENANG HADIAH!
Ubah saiz-+=