Sorting by

×

Boling eratkan silaturahim warga kerja MHI

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 19 Disember – Pertandingan boling anjuran Kelab Kebajikan Rekreasi (KKR) Melaka Hari Ini (MHI) berjaya mengeratkan lagi silaturahim antara kakitangan yang berkhidmat di agensi media rasmi Kerajaan Negeri.

Berlangsung dalam suasana penuh meriah pada petang Isnin, di Melaka International Bowling Centre (MIBC), pertandingan itu adalah pertama kali diadakan selepas pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Selain kira-kira 30 kakitangan, pertandingan itu turut dimeriahkan dengan penyertaan daripada Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MHI Nasharuddin Muhammad dan juga Ketua Pegawai Operasi MHI Anuar Shaari.

photo_2022-12-19_16-27-35
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MHI Nasharuddin Muhammad melakukan balingan pembukaan sempena Pertandingan boling anjuran Kelab Kebajikan Rekreasi (KKR) Melaka Hari Ini (MHI) di Melaka International Bowling Centre (MIBC), Ayer Keroh. Turut bersama Ketua Pegawai Operasi MHI Anuar Shaari. Foto Iqmal Haqim Rosman

Peserta pertandingan yang juga wartawan MHI, Faiz Hasan berkata, meskipun berlangsung dalam suasana yang santai namun ia mengeratkan ukhwah yang lebih erat apabila kesemua kakitangan dapat bersama-sama.

“Kalah menang adat pertandingan tetapi apa yang lebih penting adalah suasana dan dapat berhubung lebih rapat dengan rakan yang bekerja di bawah satu bumbung yang sama.

“Pertandingan boling ini antara satu medium yang baik kerana bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara pekerja malah menggalakkan orang ramai untuk bersukan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1577
Kongsi :
Previous post Usul undi percaya terhadap PM Anwar dibentang di Dewan Rakyat
Next post ATM keluar ‘senjata’ baharu, dua jengkaut diba bantu operasi SAR tanah runtuh
Ubah saiz-+=