Boling erat hubungan APM, media Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

AYER KEROH 17 Mac – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Melaka telah menganjurkan satu acara boling bersama media bertempat di Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC) di sini, hari ini.

Program Apresiasi APM Melaka Bersama Media sempena Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) ke-70 Tahun 2022 itu disertai seramai 40 wakil media pelbagai agensi yang disatukan bersama-sama wakil APM Melaka.

Menurut Pengarah APM Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra, objektif program itu adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama agensi itu bersama rakan media di negeri ini.

Ia juga, katanya, menjadi satu platform untuk mengenali dan berkongsi perkembangan terkini APM sebagai sebuah sekretariat atau responded pertama bencana di negara dan negeri ini.

“Jadi, kita mahukan satu jalinan kerjasama itu dierat bersama rakan media bagi membolehkan segala mesej kita sampai terus kepada orang ramai.

“Kita berharap program sebegini dapat dianjurkan sekurang-kurangnya setahun sekali dan jika lebih ia dianggap bonus.

“Semua itu kita lakukan sebagai tanda penghargaan kepada media yang telah membantu dan bertindak sebagai rakan strategik APM dalam melaporkan berita yang tepat kepada orang ramai,” katanya ketika ditemui pemberita dalam program tersebut.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Leftenan Kolonel Cuthbert John Martin Quadra (dua dari kanan) merasmikan balingan pembukaan pada Program Apresiasi APM Melaka bersama Media Negeri Melaka sempena Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) ke-70 Tahun 2022 di Melaka International Bowling Centre (MIBC), Ayer Keroh, Melaka. Foto: MR. Azli

Di akhir acara, wakil Utusan Malaysia Muhammad Rasul Azli Samad dinobat sebagai pemain lelaki terbaik dengan jatuhan pin sebanyak 299.

Manakala pemain wanita terbaik menjadi milik wakil RTM Melaka Norhaya Jamal dengan 193 jatuhan pin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1233
Kongsi :
Previous post KPWKM siasat kes penderaan bayi di Teluk Intan dan Gelugor – Rina
Next post Wanita UMNO aktifkan ‘mod pilihan raya’ berteraskan ‘power’ – Noraini
Ubah saiz-+=