
Boleh tonton wayang, riadah kolam renang, seminar dan persidangan 1 Julai – Ismail Sabri
PUTRAJAYA 22 Jun – Kerajaan hari ini membenarkan aktiviti menonton wayang, teater dan ‘live event’ mulai 1 Julai ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Bagaimanapun Ismail berkata, aktiviti itu hanya dibenarkan di dewan tertutup dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat, yang ditetapkan.
“Bagaimanapun, aktiviti itu tidak boleh melebihi 250 individu bagi setiap pertunjukan dan tertakluk kepada kapasiti dewan.
“SOP yang ditetapkan terutamanya jarakan sosial perlu dipatuhi pada setiap masa,” katanya pada sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.
Turut dibenarkan ialah aktiviri riadah kolam renang di kolam renang awam, hotel, kondominium, komuniti berpagar, serta kolam renang persendirian.
Selain itu, mesyuarat turut memutuskan kebenaran penganjuran mesyuarat, persidangan, seminar, kursus atau latihan juga bermula 1 Julai.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA UMUM 2 INISIATIF KHAS AIDILFITRI
AYER KEROH 18 Mac - Dua inisiatif khas disediakan Kerajaan Negeri bagi meringankan beban rakyat dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri...
REZEKI ANAK DAPAT BAJU RAYA PERCUMA
Oleh: Azwani Mohammad PENGKALAN BATU 18 Mac - Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat 210 anak-anak fakir, miskin dan yatim...
BAYAR ZAKAT BERSEMUKA MASIH JADI PILIHAN
PENGKALAN BATU 18 Mac - Kaedah pembayaran Zakat Fitrah menerusi amil tetap menjadi pilihan umat Islam di negeri ini meskipun...
PERMAINAN VIDEO ROBLOX INSPIRASI PERKAMPUNGAN HANG TUAH
DUYONG 18 Mac - Melaka International College of Science And Technology (MiCoST) kini dalam usaha membangunkan permainan video berbentuk animasi...
BUSANA AIDILFITRI UNTUK ANAK ASNAF
PENGKALAN BATU 18 Mac - Riak wajah ceria jelas kelihatan di wajah 210 kanak-kanak penerima bantuan Tautan Kasih Ramadan 'Busana...
JUALAN MADANI KOPERASI MELAKA PADA 25 MAC INI
KESIDANG 18 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Melaka akan menjalankan Jualan Madani Koperasi pada 25 Mac ini. Pengarah Suruhanjaya...