Sorting by

×

Boleh rakam video disuntik

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat
DAK MAT

BAGUSLAH bila rakyat dibenar merekodkan gambar atau video semasa terima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Setiap petugas kesihatan juga kena pastikan SOP sedia ada dan tunjuk penerima vaksin picagari sudah diisi vaksin sempurna sebelum suntikan.

Ikut kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin selepas ini setiap orang ada bukti kukuh terima vaksin sempurna.

Mat harap sangat lepas ini tiada lagilah dakwa dakwi kononya disuntik vaksin ‘angin’. Vaksinasi tidak boleh buat main-main, ia membabitkan soal nyawa dan kesihatan daripada ancaman virus berbahaya itu.

Biarlah kes berlaku di sebuah negeri di utara itu jadi yang pertama dan terakhir. Mat simpati apabila jururawat itu mengaku berlaku kecuaian tidak menyuntik vaksin dengan sempurna kerana keletihan.

Dia pun dah diberi amaran dan dikenakan tindakan tata tertib atas kecuaian berlaku.
Di atas semua ini, Mat berpendapat ia penyelesaian menang-menang antara petugas kesihatan dan penerima.

Tapi jangan sampai kebenaran itu disalah guna. Rakam gambar dan video tidak sepatutnya di PPV hingga ganggu perjalanan program.

Semangat serta sokongan moral kepada petugas kesihatan kena jaga. Jangan kerana satu atau dua kecuaian manusia ia menyebabkan tekanan kepada mereka.

DAK MAT: Rakam gambar bunga.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

554
Kongsi :
Previous post Berbahas, berhujah dengan sopan
Next post Orang berbudi, kita berbahasa
Ubah saiz-+=