Sorting by

×

BOLEH PANGGIL SAYA ‘ACIK ZUL’

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

TABOH NANING 12 November – Walaupun bergelar Yang Berhormat (YB) namun ia bukan penghalang untuk pemimpin dari Taboh Naning ini menggunakan gelaran yang lebih santai dan dekat dengan masyarakat.

Lebih mesra dipanggil ‘Acik Zul’, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning Datuk Zulkiflee Mohd Zin mengakui gelaran itu lebih selesa digunakannya baik di media sosial, mahupun ketika menghadiri program bersama rakyat.

Beliau yang juga Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri berkata, gelaran itu mula digunakan sehari selepas bergelar wakil rakyat sehinggalah nama itu meniti di bibir penduduk kawasan itu.

“Bagi saya, gelaran ini menggembirakan, lebih mudah dan tiada protokol yang dapat menjadi jurang di antara pemimpon dengan rakyat.

“Saya seronok bila bersama masyarakat, mereka selesa memanggil saya ‘Acik Zul’ atau ‘YB Acik’,” katanya ketika bersiaran pada Podcast ‘Mana Lagi, Melaka Ler’ di Studio Melaka TV.

Menurut Zulkiflee, sejak bergelar wakil rakyat pada November 2021 yang lalu, beliau bertekad untuk menjadi seorang pemimpin yang dekat dan sentiasa cakna dengan masalah rakyat seperti yang dilakukan bapanya, Allahyarham Datuk Seri Mohd Zin Abdul Ghani yang merupakan Ketua Menteri Melaka ketujuh.

Menurutnya, keperibadian arwah bapanya yang dekat dengan rakyat suatu masa dahulu menjadi contoh untuknya menjadi seorang pemimpin yang dapat menggalas amanah dan tanggungjawab yang baik dalam membantu serta membawa suara rakyat.

“Pada awalnya, saya tidak pernah berhasrat mahu menceburkan diri dalam politik, namun mungkin disebabkan sering melihat dan mendengar perbualan arwah ayah dengan masyarakat membuat hati saya tergerak untuk turut membantu masyarakat.

“Menjadi wakil rakyat ini bukanlah kerana jawatan semata-mata, sebaliknya saya berpegang bahawa ia merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang harus dipikul,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

95
Kongsi :
Previous post 120 PELAJAR DARI ENAM NEGARA MERIAHKAN PROGRAM SILANG BUDAYA INSWA
Next post PELAN PEMBANGUNAN DATA RAYA 2035 BAKAL DILANCARKAN DI MELAKA
Ubah saiz-+=