
Boleh berbuka puasa di tempat awam
BUKIT PALAH 15 April. – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) membenarkan orang ramai berbuka puasa di tempat awam seperti padang, dataran atau tepi pantai sepanjang Ramadan ini.
Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, kebenaran itu bagaimanapun seiring dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan 2.0 (PKPP 2.0).
“MBMB tak ada masalah nak benarkan jika ada yang ingin berbuka puasa di tempat-tempat tumpuan bersama keluarga. Di mana-mana pun tak ada masalah.
“Cuma yang penting ialah SOP seperti memakai pelitup muka, membawa cecair sanitasi dan yang paling penting ialah penjarakan fizikal walau di mana anda berada,” katanya.
Sebelum ini, antara lokasi tumpuan orang ramai untuk dijadikan tempat berbuka puasa ialah seperti Dataran Pahlawan di Banda Hilir, Pantai Dataran 1 Malaysia Klebang dan Dataran Ayer Keroh.
Dalam perkembangan lain, Zainal berkata, sepanjang Ramadan pihaknya menggerakkan seramai 200 penguat kuasa untuk melakukan pemantauan di kawasan pentadbirannya.
Katanya, pemantauan itu akan tertumpu kepada kawasan tumpuan ramai khususnya sekitar pasar dan bazar Ramadan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...