Sorting by

×

Boleh balik kampung sambut Aidiladha

Masa Membaca:27 Saat

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Orang ramai boleh pulang ke kampung masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidiladha susulan tiada sekatan perjalanan termasuk rentas negeri, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau, bagaimanapun mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengawal penularan COVID-19.

“Patuhi SOP walaupun kerajaan benar balik kampung, kita kena jaga kita. Kita kena pastikan diri kita terjaga dengan mematuhi setiap SOP dikeluarkan,” katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Views:

304
Kongsi :
Previous post Bapa mengaku tak bersalah pukul anak
Next post “Penjual, tolong letak tanda harga”
Ubah saiz-+=