Bola sepak wanita Melaka makin menyerlah

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

AYER KEROH 23 Jun –  Menamatkan saingan Liga Puteri Bawah 15 FAM di tempat ketiga dianggap sebagai satu pencapaian amat memberangsangkan bagi skuad bola sepak wanita Melaka bawah 15 tahun.

Pengurus pasukan Datuk Karim Yaakob yang juga setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) berkata, pemain menunjukkan rentak yang lebih berkualiti berbanding penyertaan pada tahun lalu.

Mengulas lanjut Karim berkata, kejayaan itu turut dibantu oleh keterbukaan pengurusan baharu MAFA diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, sebagai Presiden.

“Pengurusan baharu termasuk Timbalan Presiden, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri, juga kerap mengadakan perjumpaan untuk mengetahui perkembangan terkini pasukan dan memberikan galakan.

“Saya melihat bola sepak wanita bawah pentadbiran baharu ini lebih menyinar, sepanjang liga pasukan Melaka hanya kalah tipis dalam satu perlawanan sahaja. Kita tidak berhenti di sini, bakat pemain akan terus digilap dan ditingkatkan lagi menerusi penyertaan dalam banyak lagi liga selepas ini.

“Hujung tahun ini kita bercadang untuk menuertai Liga FAS Girls. Saya cukup berpuas hati dengan pencapaian semasa, insyaAllah 2025 kita akan masuk ke gelanggang dengan pasukan lebih mantap dan mencabar setiap lawan,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Hadiah Liga Puteri Bawah 15 FAM di Kompleks Sukan PKNS di Kelana Jaya, Selangor, semalam.

Menurutnya, MAFA sentiasa memberi peluang kepada lebih ramai anak Melaka yang berminat untuk mewakili negeri ini dalam sukan bola sepak wanita.

“Jangan risau kepada adik-adik peluang masih terbuka, pencapaian semasa ini adalah satu perkembangan amat menarik buat sukan bola sepak Negeri Melaka,” katanya

Pada perlawanan akhir di padang Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya, semalam, pasukan Melaka Junior Bangi FC 4-0.

Sepanjang saingan skuad kendalian Jamil Hassan itu menang lima perlawan, seri dua perlawanan   dan cuma tewas kepada juara liga SSS Leopard FC.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

344
Kongsi :
Previous post MBMB terima peruntukan RM15,000 bagi Kempen Pengurusan Anjing Terbiar
Next post Tekong bot nelayan hilang ditemui lemas
Ubah saiz-+=