
BN, UMNO tetap sokong kerajaan sedia ada- Hishammuddin
KUALA LUMPUR 30 Julai – Barisan Nasional (BN) dan UMNO tetap menyokong kerajaan sedia ada, kata Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau yang juga Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) berkata, beliau senada dengan pendirian BN dan UMNO yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.
“Kita dalam BN dan UMNO telah membuat pendirian dan diumumkan oleh TPM semalam,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan peralatan perubatan Kerajaan Arab Saudi melalui King Salman Humanitarian Aid and Relief Center (KSrelief) untuk membantu Malaysia menangani cabaran pandemik COVID-19 di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) di sini hari ini.
Semalam, Ismail Sabri yang juga Ketua Whip Kerajaan berkata, lebih 110 Ahli Parlimen masih menyokong kerajaan sedia ada.
Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO turut menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara semalam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
PENGASUH DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK PEREMPUAN TIGA TAHUN
KUANTAN, 12 Mac - Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...
ASAM PEDAS TETEL PENGGANTI BUBUR LAMBUK
KLEBANG 12 Mac - Penduduk Kampung Balik Buloh, Klebang Besar memecahkan tradisi, apabila menjadikan asam pedas sebagai pengganti bubur lambuk...