
BN tidak berhenti promosi pembukaan sempadan Malaysia-Singapura
JOHOR BAHRU 1 Mac – Kerajaan Negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak akan berhenti mempromosi langkah pembukaan sempadan antara Malaysia dan Singapura.
Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata beliau berharap kedua-dua negara akan membincangkan kaedah terbaik untuk membuka sempadan.
“Kami telah membentangkan susun atur ulang-alik harian dan prosedur operasi standard yang lengkap serta komprehensif yang telah dibincangkan dengan Kerajaan Persekutuan dan sudah diterima pakai.
“… kita kini beralih ke fasa endemik dan jika ia (sempadan) tidak boleh dibuka sepenuhnya, mungkin kita boleh melihat dari segi sektor,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan manifesto BN di sini hari ini.
Pengerusi BN Johor itu berkata antara sektor yang perlu dipertimbang ialah perkhidmatan dan pembinaan kerana melibatkan ramai rakyat Malaysia.
Hasni berkata demikian ketika mengulas sama ada isu pembukaan sempadan Malaysia dan Singapura adalah sebahaian daripada manifesto BN. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...
ASAM PEDAS TETEL PENGGANTI BUBUR LAMBUK
KLEBANG 12 Mac - Penduduk Kampung Balik Buloh, Klebang Besar memecahkan tradisi, apabila menjadikan asam pedas sebagai pengganti bubur lambuk...
TUJUH DEKAD PERZIM LESTARI WARISAN, PERKUKUH IDENTITI BANGSA
AYER KEROH 12 Mac - Selama tujuh dekad, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memainkan peranan besar sebagai sebuah institusi yang bukan...
AGIHAN 6,000 KUPON E-DOMPET DI PASAR RAMADAN TAMAN SERI DUYONG
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai berkunjung ke Pasar Ramadan Rahmah Taman Seri Duyong dari 11 hingga 15 Mac...
PENSYARAH UITM MAUT MOTOSIKAL REMPUH LORI
JASIN 11 Mac - Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jasin maut selepas motosikal ditungang terbabit kemalangan dengan sebuah lori...