
BN perlu terima hakikat dan ‘total reset’ – Dr Akmal
AYER KEROH 20 November – Barisan Nasional (BN) perlu menerima hakikat bahawa rakyat mahukan parti itu menjadi pembangkang ketika ini.
Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka, Dr Muhammad Akmal Saleh berkata dengan keputusan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semalam, BN perlu menjadi pembangkang yang progresif.
Jelasnya, parti juga perlu melakukan ‘total reset’ dan terus berkhidmat untuk rakyat meskipun menjadi pembangkang.
“Maka kita perlu menjadi pembangkang yang progresif dan terus berkhidmat untuk rakyat dan pada masa yang sama total reset perlu dilakukan di dalam parti.
“Bukan sibuk mencari kedudukan untuk menjadi kerajaan dan dengar apa yang rakyat mahu,bukan apa yang pimpinan mahu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Muhammad Akmal, sekiranya BN mahu mendapat semula mandat dari rakyat, parti itu perlu mendengar keluh kesah dari akar umbi.
“Jika mahu kembalikan kepercayaan rakyat,maka dengarlah apa yang rakyat mahu,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...