
BN menang 40 kerusi, lebih dua pertiga majoriti – SPR
JOHOR BAHRU, 12 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15.
“Keputusan penuh PRN Johor adalah seperti berikut, Barisan Nasional (BN) 40 kerusi, Pakatan Harapan (PH) 11 kerusi, Perikatan Nasional (PN) tiga kerusi, manakala PKR dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pula masing-masing satu kerusi,” kata Pengerusinya Datuk Abdul Ghani Salleh.
Beliau berkata bilangan pengundi yang keluar mengundi pada PRN Johor kali ini adalah 1,426,573 orang atau 54.92 peratus yang terdiri daripada pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini, tengah malam ini. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA PERKENAL 800 PRODUK PELANCONGAN UNTUK MERIAHKAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
SERI NEGERI 28 April - Kerajaan Negeri telah memperkenalkan lebih 800 produk pelancongan merangkumi pelbagai segmen sebagai persiapan rapi menyambut...
MELAKA SASAR JUMLAH PELABURAN CECAH RM10 BILION MENJELANG 2030
SERI NEGERI 28 April - Melaka menyasarkan pelaburan baharu RM5 bilion setiap tahun dan menjangkakan jumlah pelaburan yang masuk ke...
BERAS MELAKA HANYA UNTUK WARGANEGARA MALAYSIA
SERI NEGERI 28 April - Beras Melaka yang kini mula dijual pada harga serendah RM26 sekampit 10 kilogram (kg) hanya...
EKONOMI MELAKA KEKAL KOMPETITIF, INKLUSIF DAN BERDAYA SAING
SERI NEGERI 28 April - Ekonomi Negeri Melaka kekal kompetitif, inklusif dan berdaya saing berdasarkan indikator dan data dikeluarkan Jabatan...
PENJENAMAAN SEMULA SJKC SIMPANG BEKOH SEDANG DIPERINCI
SERI NEGERI 28 April - Penjenamaan semula nama Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKC) Simpang Bekoh kepada SJKC Laksamana Cheng Ho...
SEMUA MASJID DI MELAKA DIMINTA LAKSANA SOLAT HAJAT, QUNUT NAZILAH UNTUK PALESTIN
SERI NEGERI 28 April - Semua masjid di Negeri Melaka diminta untuk melaksanakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah secara...