
BN mahu wujudkan DUN Belia Melaka
AYER KEROH 10 Nov – Barisan Nasional (BN) akan melaksanakan inisiatif mewujudkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia Melaka bagi mendengar serta memanfatkan idea, pandangan dan perubahan yang perlu dilaksanakan di negeri ini.
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia merupakan teras ketiga yang diletakkan dalam manifesto BN iaitu bertujuan untuk memberi komitmen dalam meningkatkan kecekapan tadbir urus kerajaan.
Katanya, penglibatan belia dalam menyalurkan pandangan akan menjadi pegangan BN sekiranya diberi mandat.
“Jika ada kelemahan, kita janji akan memperbaikinya.
“Jika ada kekurangan, kita janji akan perkasakan kerajaan ini dengan sokongan anak muda dan belia di kalangan orang Melaka.
“Justeru, kita akan mengangkat inisiatif untuk mewujudkan DUN Belia Melaka dalam usaha mendengar dan memanfatkan idea, pandangan dan perubahan yang hendak dilaksanakan di Melaka nanti,” katanya ketika melancarkan Manifesto BN: Kestabilan Demi Kemakmuran, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...