Sorting by

×

BN akan lapor SPR, SPRM jika berlaku kes beli undi

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

TANJUNG BIDARA 19 Nov – Barisan Nasional (BN) akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya betul berlakunya tindakan membeli undi.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, bagi mengekang aktiviti itu pihaknya sudah menggerakkan semua jentera BN untuk menyalurkan segera maklumat.

“Saya serahkan kepada pihak SPR dan SPRM untuk memantau gerakan membeli undi ini kerana ia adalah satu perkembangan tidak sihat terhadap masyarakat negeri Melaka khususnya di dalam Dun Tanjung Bidara.

“Kita tunggu laporan-laporan terkahir sekiranya dapat bukti dan pastinya kita akan laporkan kepada SPR dan SPRM. Ini satu budaya tidak sihat,” katanya pada sidang di Kampung Pulau, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara berkata, dakwaan berlaku kegiatan itu turut diterimanya dan difahamkan gerakan itu berlaku dari rumah ke rumah.

“Saya juga ada menerima beberapa maklumat gerakan sudah bermula daripada gerakan rumah ke rumah dengan menghantar barangan sebagai goodies kepada pengundi.

“Saya harap SPR dan SPRM segera masuk ke kawasan-kawasan yang maklumat telah kita sampaikan supaya ia tidak dilihat sebagai satu budaya untuk memenangi hati rakyat,” katanya.

Tegas Rauf, kegiatan ini tidak seharusnya berlaku untuk memenangi hati rakyat kerana ia tidak menunjukkan kepimpinan calon yang bertanding.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

699
Kongsi :
Previous post Polis beri jaminan hari mengundi akan berjalan lancar dan selamat
Next post Zahid, Sulaiman ziarah balu Allahyarham Ghafaar Atan
Ubah saiz-+=