
Blok wanita dan kanak-kanak RM700 juta kurangkan ‘beban’ Hospital Melaka
AYER KEROH 25 Februari – Peruntukan RM700 juta bagi membina blok wanita dan kanak-kanak di Hospital Melaka diyakini mampu mengurangkan beban Hospital Melaka.
Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, pengumuman pada Belanjawan 2023: Membangun Malaysia Madani itu merupakan satu khabar gembira untuk Negeri Melaka.
“Terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengangkat semula cadangan pembinaan blok wanita dan kanak-kanak yang bernilai RM700 juta ini.
“Ini kerana ia merupakan impian rakyat Melaka dan pada masa sama, dapat mengurangkan beban kesesakan Hospital Melaka yang berlaku kini.
“Saya berharap Belanjawan ini dapat diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat nanti,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Semalam, Perdana Menteri membentangkan Belanjawan 2023 yang bertemakan ‘Membangun Malaysia MADANI’.
Pada pembentangan itu, sektor kesihatan menerima peruntukan bajet kedua terbesar selepas pendidikan iaitu berjumlah RM36.3 bilion berbanding RM32.4 bilion tahun lepas.
Antara yang diumumkan ialah peruntukan RM700 juta bagi membina blok hospital dan kanak-kanak dengan kapasiti 476 katil.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...
TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0 DILANCARKAN HUJUNG TAHUN INI
AYER KEROH 17 April - Kerajaan Negeri akan melancarkan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2.0 pada 31 Disember depan, kata Ketua...
MAIM SEDIA SUMBANGAN UNTUK MUALAF MELAKA TUNAI HAJI
KESIDANG 17 April - Mualaf di Negeri Melaka yang terpilih menunaikan ibadah haji pada tahun ini dipelawa memohon Sumbangan Menunaikan...
MELAKA NEGERI PERTAMA DIGITALKAN KAMPUNG, HAIWAN TERNAKAN
SERI NEGERI 17 April - Seiring dalam era kemodenan dan digitalisasi masa kini, Melaka juga telah menjadi pelopor dan perintis...
SM-WEZ KAWASAN ‘IBU NEGERI’ BAHARU MELAKA
SERI NEGERI 17 April - Tidak cukup dengan kawasan perindustrian, Melaka juga memberi tumpuan kepada kewujudan zon ekonomi baharu yang...