
Blok bangunan baharu Hospital Tanah Merah, Kelantan terbakar
Masa Membaca:24 Saat
AYER KEROH 17 Jan. – Blok bangunan baharu Hospital Tanah Merah, Kelantan terbakar kira-kira jam 8.30 malam tadi.
Perkara itu disahkan kakitangan Jabatan Kecemasan hospital berkenaan ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) malam ini.
“Ya, kebakaran membabitkan blok bangunan baharu yang sedang dalam pembinaan dan belum didiami kira-kira jam 8.30 malam tadi.
“Bagaimanapun tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu,” katanya.
Terdahulu tular di media sosial video berdurasi 32 saat yang mendakwa kebakaran di hospital berkenaan malam ini.
Views:
1657