‘Black’ sambut kaki pancing

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER LIMAU 23 April – Seorang kaki pancing udang galah di sungai Ramuan Cina, Lubok Cina, di sini, berdebar apabila dihampiri ‘Black’ iaitu seekor buaya yang dikatakan kadang-kala timbul di permukaan air dan menonjolkan badannya.

Buaya sepanjang kira-kira lima itu tidak asing dalam kalangan kaki pancing di sungai berkenaan kerana kerap berenang berhampiran perahu mereka.

Dalam kejadian jam 8 pagi semalam, Taufik Ramli, 28, ‘disambut’ Black ketika sedang rancak memancing di sungai berkenaan.

BLACK muncul berhampiran perahu Taufik yang
sedang memancing udang galah. Foto Din Ahmad

“Saya memancing pada jam 7.30 pagi dan mula menyentap udang galah kira-kira 10 minit kemudian.

“Setengah jam selepas memancing, tiba-tiba saya ternampak sang bedal muncul lima meter dari perahu, menyebabkan saya membatu kerana bimbang kalau-kalau itu bukan Black,” katanya ketika ditemui di Pangkalan Nelayan Kampung Paya Lebar, Lubok Cina.

Taufik menarik nafas lega selepas mendapati sang bedal berenang menghampiri perahunya itu adalah Black, kemudian berlalu pergi tanpa sebarang pergerakan agresif boleh mengancam keselamatannya.

Katanya, setakat ini reptilia itu tidak pernah mengancam manusia namun nelayan tempatan kerap memberi ingatan supaya sentiasa menjaga mulut dan tidak celupar.

“Amat pantang kalau turun ke sungai, kita cakap besar, apatah lagi mencabar sang bedal yang menghuni sungai ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1758
Kongsi :
Previous post ‘Syukur masih ada yang sudi belanja baju raya untuk kami’
Next post TNG lancar kad tambah nilai Touch ‘n Go sifar surcaj
Ubah saiz-+=