
BKSU siasat kemalangan helikopter di Subang
PUTRAJAYA 24 Mac. – Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) akan menjalankan siasatan berhubung kemalangan sebuah helikopter di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang hari ini mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.
Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan berlakunya kemalangan membabitkan Airbus Helicopter AS350 B3 di lapangan terbang itu pada 9.25 pagi.
Menurut MOT, helikopter dengan satu juruterbang dan empat penumpang itu, dikendalikan oleh Leopad Aviation Sdn Bhd dan telah berlepas dari Sungai Lembing, Pahang pada 8.30 pagi untuk penerbangan persendirian ke Subang melalui Maran, Temerloh, Karak dan Batu Caves.
Dua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dan sedang menerima bantuan perubatan manakala tiga lagi mangsa berada dalam keadaan stabil, menurut MOT.
ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter terhempas, lima individu selamat
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI DIDAKWA BUNUH IBU DIARAH JALANI PEMERIKSAAN MENTAL
ALOR SETAR 9 Mac - Mahkamah Majistret di sini hari ini mengarahkan seorang lelaki yang dituduh membunuh ibunya baru-baru ini,...
PERHILITAN N.SEMBILAN SIASAT DAKWAAN DUA TAPIR BERKELIARAN DI TAMAN PERUMAHAN
SEREMBAN 9 Mac - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan sedang memantau dan menyiasat dakwaan kemunculan...
DULU DIANGGAP ‘GILA’, KINI WANITA CONTOH
DUYONG 9 Mac - Siapa sangka atau menduga insan yang dahulunya fakir, dianggap 'gila' kerana sering ‘melepak’ di kaki lima...
DAK NOR KINI WANITA KEBANGGAAN NEGERI MELAKA
DUYONG 9 Mac - Nor Komariah Mohd Khalid lourdes Lio, 41, atau lebih popular dengan panggilan Dak Nor kini boleh...
LORI SEDANG DITUNDA TERBALIK DI PENDANG, LORONG PLUS ARAH SELATAN TERHALANG
ALOR SETAR 9 Mac - Trak tunda yang sedang menunda sebuah lori sarat muatan tomato terlibat dalam kemalangan di Kilometer...
BAZAR IKONIK MUDAH DIAKSES, PENUHI CITARASA PENGUNJUNG
BANDA HILIR 9 Mac - Bazar Ikonik Banda Hilir kini menjadi salah satu platform penting bagi mempamerkan dan mempromosikan produk...