Biro Politik Bersatu rangka gerak kerja hadapi PRU-15

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

DURIAN TUNGGAL 4 April. – Biro Politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedang merangka gerak kerja bagi memastikan parti itu bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, ia sekali gus membolehkan penerangan keadaan politik negara dan kefahaman kepada rakyat yang mengundi tentang pentingnya kestabilan politik.

MOHD Redzuan…biro politik Bersatu sedang merangka gerak kerja sebagai persediaan menghadapi PRU-15

“Jadi, apa kita putuskan dalam mesyuarat Biro Politik baru- baru ini, kita angkat kepada MPT untuk diberi ‘endorsement’ atau pengesahan.

“Yang penting biro politik sedang merangka gerak kerja untuk kita lebih bersedia menghadapi PRU-15 supaya keadaan politik negara ini boleh kita unjurkan dalam masa depan.

“Kalau kita berpecah sahaja dengan masing-masing mementingkan kedudukan peribadi, maka susah untuk kita bangunkan semula selepas post COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Jelajah Pak Wan Prihatin DUN Durian Tunggal di Kedai Makan En Nasir Kampung Pantai Belimbing, hari ini.

MOHD Redzuan beramah mesra bersama penduduk kampung yang hadir.

Jelasnya, Bersatu akan teruskan usaha merapatkan hubungan dengan parti komponen lain terutamanya PAS serta parti-parti yang telah menyertai Perikatan Nasional (PN).

Sebelum ini Biro Politik Bersatu telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keputusan UMNO di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Difahamkan antara yang hadir ialah Perdana Menteri selaku Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

573
Kongsi :
Previous post SOP baharu solat Tarawih di Melaka dimuktamadkan esok
Next post 15 cedera selepas bas ekspres terbabas di bahu jalan selepas Terowong Menora
Ubah saiz-+=