
Biro Pendidikan NCWOM anjur webinar cara tangani stres ketika pandemik
AYER KEROH 30 Sept. – Webinar Peranan Wanita Menangani Stres Dalam Pandemik COVID berjaya menarik lebih 150 penyertaan, baru-baru ini.
Program anjuran Biro Pendidikan Majlis Gabungan Pertubuhan Wanita Melaka (NCWOM) itu dirasmikan Toh Puan Asmah Abd Rahman selaku Pengerusi NCWOM Melaka.
Webinar selama sehari bermula jam 8.45 pagi sehingga 11.30 pagi itu antara lain menekankan pelbagai topik menarik khusus buat golongan wanita.

Antara topik tersebut ialah meningkatkan kesedaran mengenai stres yang sering berlaku hingga meragut nyawa, tranformasi diri dari segi luaran, cara berpenampilan dan meningkatkan diri dalam bidang Teknologi Maklumat selaras dengan norma baharu.
Semua peserta terlibat telah diberikan sijil penyertaan berbentuk e-sijil.
Webinar tersebut disampaikan oleh Pegawai Psikologi (kaunseling) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Faris Sakinah Abdullah.
Hadir sama Pengerusi Biro Pendidikan, Datin Santha Basil.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
