
Bincang buka semula laluan penerbangan Melaka-Pekanbaru
PEKANBARU 16 Mei – Melaka mengadakan perbincangan bersama Indonesia untuk membuka semula laluan penerbangan Melaka-Pekanbaru, Indonesia.
Perbincangan itu dilakukan EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis ketika mengadakan kunjung hormat ke atas Gubernur Riau Syamsuar yang diadakan di Kantor Gubernur di sini, hari ini.
Menurut Muhammad Jailani, selain laluan udara, perbincangan itu turut menjurus kepada perancangan menggiatkan lagi pembukaan laluan air antara Melaka dengan Negara Republik itu.
“Perbincangan turut bersepakat mempergiatkan operasi feri di antara Melaka-Dumai dan Bengkalis termasuk perkhidmatan RORO di antara Dumai-Melaka.
“Alhamdulillah, Gubenur Riau mengalu-alukan usahasama intensif mempromosikan hubungan pelancongan di antara Riau dan Melaka.
“Maklumat penuh mengenai perbincangan usahasama ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat sebaik delegasi pulang ke Melaka nanti,” katanya dalam satu kenyataan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...