Sorting by

×

BINA TIGA MENARA TELEKOMUNIKASI DI TAMAN BUKIT TAMBUN PERDANA

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

PAYA RUMPUT 27 Ogos – Tiga menara telekomunikasi baharu akan dibina di Taman Bukit Tambun Perdana, Durian Tunggal, sekali gus menyelesaikan masalah capaian liputan internet yang lemah di kawasan itu.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata pembinaan menara itu akan dilaksanakan oleh Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (MICTH) dalam masa terdekat.

“Saya ingin berkongsi berita baik buat pengguna tinggal di Taman Bukit Tambun Perdana yang mana isu telekomunikasi telah dibawa oleh wakil rakyat mereka untuk diselesaikan.

“Tiga menara itu dibina di tapak Taman Bukit Tambun Perdana setinggi 45 meter (telco Maxis dan Webe), sekarang dalam proses lantikan kontraktor oleh MICTH.

“Tapak kedua di Taman Bukit Tambun Perdana menara setinggi 60 meter masih menunggu kelulusan tanah (telco CelcomDigi) dan ketiga di tapak Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) Tambun Perdana, menara telekomunikasi setinggi 30 meter (telco YTL) akan dibina,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan Siri Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular di Melaka bagi daerah Melaka Tengah di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah SKMM Melaka, Syed Isa Alsagoff; Pengarah Jabatan Penerangan negeri (JaPen), Ab Rasil Hajatil dan Ketua Pegawai Operasi MICTH, Mohd Jailani Deraman.

Dalam pada itu, Fairul Nizam berkata setakat ini bagi 2024 sebanyak 18 menara telekomunikasi telah dibina oleh pihak MICTH.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

255
Kongsi :
Previous post POLIS SIASAT PENEMUAN MAYAT TERBAKAR BERHAMPIRAN STESEN KTM SERDANG
Next post HANYA SATU ‘DROP CALL’ DIKESAN DI MELAKA TENGAH
Ubah saiz-+=