Sorting by

×

Bina taman tema moden bertaraf antarabangsa di Pulau Melaka – Ab Rauf

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

PULAU MELAKA 8 Mac – Sebuah taman tema moden bertaraf dunia setanding Taman Tema Genting Skyworlds dirancang dibina di Pulau Melaka, dijangka siap pada 2026.

EXCO Kanan Pelaburan negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pembinaan taman tema dengan nilai pelaburan RM1.5 bilion itu bakal menarik lima juta pengunjung setiap tahun.

“Saya lihat taman tema bertaraf dunia ini jauh lebih baik daripada Genting Highland, sepertimana digambarkan KAJ Development Sdn Bhd kepada kita sebentar tadi.

“Ia lebih besar daripada Genting Highland iaitu dengan keluasan 14.56 hektar, dalam tempoh empat tahun dari sekarang kita akan nampak perkembangan pembinaan taman tema ini di Pulau Satu (PME1),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan rasmi ke Projek Melaka Gateway di Pulau Melaka, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif KAJ Development Sdn Bhd, Datuk Michelle Ong; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Zainal Abu, Pengarah Pembangunan Perniagaan KAJ Development Sdn Bhd, Datuk Kamarudin Ahmad dan lain-lain kenamaan.

Ujarnya, kewujudan taman tema itu sudah pasti memberi limpahan kepada KAJ selain mampu menyediakan pelbagai kemudahan asas di dalam Negeri Melaka bagi menyambut ketibaan pelancong dari seluruh negara.

“Sebagai sebuah negeri pelancongan, infrastruktur dan ruang perniagaan yang moden akan berada di sepanjang kawasan Melaka Gateway ini.

“Ini termasuklah dengan wujudnya kawasan ‘duty free zone’ (zon bebas cukai), kita juga akan lihat beberapa jenis produk yang bertaraf dunia dan berimpak tinggi akan berada di kawasan ini,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1668
Kongsi :
Previous post 73 peratus undi awal direkodkan setakat 2 petang tadi
Next post PRN JOHOR: Proses pengundian awal tamat jam 5 petang tadi
Ubah saiz-+=