Bina masa depan generasi muda Ayer Limau

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

AYER LIMAU 8 Jun – Pemerkasaan modal insan warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menjadi agenda utama yang akan diperjuangkan Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau itu berkata, pendidikan menjadi antara aspek yang akan dititikberatkan bagi memastikan generasi muda di kawasan luar bandar mempunyai masa depan yang cerah.

Jelasnya selain menumpukan kepada generasi berilmu, pihaknya juga akan memberi fokus kepada pembangunan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Saya akan perjuangkan masa depan pendidikan buat anak kelahiran Ayer Limau kerana dengan adanya pembangunan modal insan ini ia mampu melahirkan lebih banyak anak muda yang berilmu untuk mengubah nasib dan masa depan mereka.

“Kita akan terus buka peluang-peluamg yang ada, supaya mereka ini dapat melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi, selain turutmengalu-alukan mereka untuk mencebur diri dalam bidang TVET.

“Malah, jika ada yang tidak berminat untuk melanjutkan pengajian kita beri mereka peluang untuk bekerja sambil belajar dalam industri-industri yang ada di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini pada Karnival Pendidikan dan Kerjaya TVET Peringkat DUN Ayer Limau di Dewan Tan Sri (Dr) Abu Seman, Paya Rumput, di sini, hari ini.

Majlis perasmian penutup karnival berkenaan telah disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum; Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin serta tetamu lain.

Hameed berkata, karnival tersebut disertai lebih 10 majikan dengan membuka lebih 500 peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat dan pencari kerja.

Selain temuduga terbuka, turut diadakan Taklimat Kerjaya dan TVET, PameranTBET da. ‘Jom Masuk U’, Reruai Bantuan Pendidikan, pertandingan debat dan pantun serta kejohanan futsal dan bola jaring.

Dianggarkan lebih 2,000 pengunjung hadir ke karnival yang berlangsung selama sehari itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

167
Kongsi :
Previous post Kipas gergasi dipasang di Banda Hilir
Next post Parkir bertingkat Banda Hilir sedang dimuktamadkan
Ubah saiz-+=