
Bina longkang baru atasi banjir
TANJUNG BIDARA 19 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara mengambil inisiatif membina longkang baharu di dua lokasi melibatkan Pengkalan Balak dan Kampung Pulau.
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pembinaan longkang baharu sepanjang 70 meter itu bagi mengelakkan kejadian banjir kilat serta longkang tersumbat apabila hujan lebat.
“Kita meninjau dua lokasi yang kerap berlaku banjir dan masalah perparitan longkang di Pengkalan Balak dan Kampung Pulau.
“Di Pengkalan Balak sekarang ini kerja-kerja pembinaan longkang baru sedang dijalankan sepanjang 70 meter, manakala di Kampung Pulau siap sepenuhnya semalam (Jumaat),” katanya ketika dihubungi MHI.
Katanya, terpanggil untuk membina longkang itu setelah menerima aduan daripada penduduk kerap berlaku banjir apabila hujan.
Jelasnya, di Kampung Pulau longkang juga sudah mengalami kejadian longkang tersumbat dan paip pecah, jadi ia perlu pembaikan.
“Diharap dengan adanya longkang baru dapat kurangkan masalah dihadapi penduduk berkenaan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA KOMITED PASTIKAN SETIAP RAKYAT YANG LAYAK DIBANTU
ALOR GAJAH 17 Mac - Agihan sumbangan diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri disalurkan kepada mereka yang layak tanpa mengira mengira perbezaan...
SAMBUTAN MERIAH BAZAR AIDILFITRI MELAKA PETANDA EKONOMI BAIK
KLEBANG 17 Mac - Kehadiran ribuan pengunjung ke bazar Aidilfitri utama di negeri ini menunjukkan keadaan ekonomi rakyat Melaka berada...
KETUA MENTERI SINGGAH BAZAR RAMADAN ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 17 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, sempat singgah untuk meninjau sendiri kemeriahan suasana...
ZIARAH KASIH DUN KESIDANG: ALLEX SAMPAIKAN BANTUAN AIDILFITRI
KESIDANG 17 Mac - Kunjungan peserta program Ziarah Kasih Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, mencetus keceriaan kepada lima penerima bantuan...
KEMBALIKAN NOSTALGIA MEMASAK BUBUR LAMBUK
TANJUNG BIDARA 17 Mac - Kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memeriahkan lagi suasana penganjuran Program Berlaga...
ANAK YATIM JENTIK HATI KENG CHIA PELUK ISLAM
KESIDANG 17 Mac - Keindahan cara kehidupan Islam yang tertib dan teratur diamalkan anak-anak yatim yang dijaganya 'menjentik' hati lelaki...