Sorting by

×

Bina litar, rancakkan sukan permotoran Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

JASIN 28 Mei – Kerajaan Negeri berharap cadangan untuk membina litar lumba di negeri ini dapat direalisasikan bagi memberi peluang kepada lebih ramai anak muda menceburi sukan permotoran.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, kemudahan itu juga mampu menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan sukan permotoran pada masa akan datang.

“Terima kasih kepada pihak PETRONAS memilih Negeri Melaka sebagai tuan rumah bagi Pusingan 3 Kejuaraan Petronas Cub Prix Malaysia kali ini.

“Kita dapat saksikan kemeriahan dalam kalangan penonton hadir pada penganjuran kali ini, tahun depan merupakan Tahun Melawat Melaka 2024, kita harap PETRONAS dapat memberi keutamaan kepada Melaka dalam pelancongan sukan ini,’ katanya.

Beliau berkata, demikian pada sidang media selepas menyampaikan piala kemenangan kepada Johan Kelas CP150, Md Akid Aziz, 25, pelumba Yamaha Y150zr PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing di Jasin Bestari, di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Rosemanizam Mohammed Nalif.

Rais mahu melihat penglibatan ramai anak-muda atau belia negeri ini dalam sukan permotoran pada masa akan datang.

“Ini (Cub Prix) salah satu sukan permotoran, insya-Allah kita akan berbincang dengan Kerajaan Negeri tentang sukan ini. Bayangkan kalau kita dapat pupuk minat mereka yang masih muda membina kerjaya dalam sukan ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1610
Kongsi :
Previous post TH sasar 10,000 penyertaan ibadah korban tahun ini
Next post Surat khabar masih punyai peranan penting, kata Anwar
Ubah saiz-+=