
Bina jalan ‘elevated’ elak kerosakan alam sekitar
ALOR GAJAH 29 Mei – Kementerian Kerja Raya (KKR) akan melaksanakan kerja-kerja membina jalan ‘elevated’ dari bulatan McDonalds ke persimpangan Brincang, Cameron Highland, Pahang bermula Jun ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata projek ini menelan belanja kira-kira RM140 juta yang diluluskan Kerajaan Persekutuan pada Belanjawan 2023 Februari lalu.
Katanya, sebelum pelaksanaan projek itu, pihak kementerian sudah menjalankan kajian terlebih dahulu bagi memastikan alam sekitar di Cameron Highland terpelihara.
“Selepas kajian menyeluruh kita akan buat jalan ‘elevated’ yang mana tidak banyak menjejaskan alam sekitar dan hidupan liar yang ada.
“Kadang-kadang projek kita lambat berjalan disebabkan kajian terperinci yang perlu dilaksanakan, kita nak pastikan ianya selamat.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM480 juta bagi membina jalan baharu dari Habu ke Tanah Rata, Cameron Highlands.
Peruntukan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Februari lalu berikutan kesesakan jalan raya yang telah menjejaskan beberapa lokasi tumpuan pelancong.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.