Sorting by

×

Bina generasi berakhlak terpuji

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

TABOH NANING 28 Mei – Kekuatan dan juga kemakmuran sesebuah negara pada masa mendatang, banyak bergantung kepada akhlak serta jati diri generasi muda hari ini.

Berikutan itu Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sebagai salah sebuah agensi bertanggungjawab kerap menganjurkan kursus jati diri dalam usaha memantapkan lagi keimanan remaja Muslim di negeri ini.

Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, usia remaja adalah tempoh kritikal bagi generasi muda, berikutan itu perkembangan mereka perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.

“Ketika zaman remaja anak-anak ini gemar mencuba perkara baharu, pengaruh rakan adalah lebih besar berbanding apa yang diterapkan oleh ibu bapa dan guru. Berikutan itu sepanjang usia remaja mereka perlu bijak memilih kawan-kawan.

“Jadi menerusi pelbagai kursus yang MAIM anjurkan kita berharap pengisiannya mampu membina jati diri dan menjadi panduan bagi generasi muda ini dalam menempuh kehidupan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup, Kursus Teknik Pengurusan Diri Akademik Cemerlang Yang Berkesan Perintis MAIM Dan Kursus Peningkatan Sahsiah Dan Jati Diri Kompleks Anak Yatim/Miskin Fatimah Al-Zaharah (KAYFAZ) MAIM 2024 di Kem Permata Resort, Ayer Paabas, Ahad lalu.

Hadir sama pada majlis itu adalah Setiausaha MAIM ShaifulFazlee Mohamad dan Pengurus Baitulmal MAIM, Mohd Hairulamin bin Mohd Sis, program tiga hari dua malam dari 25 hingga 26 Mei itu membabitkan 235 anak-anak asnaf serta KAYFAZ.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

130
Kongsi :
Previous post Melaka Bila Larut Malam: 5,000 pengunjung dijangka serbu Menara Taming Sari
Next post ‘MBMB ICT Pushbike Fun Race’ pada 22 Jun
Ubah saiz-+=