
Bilik pentadbiran IPD Sepang terbakar
SEPANG, 22 Mac – Tingkat satu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini yang menempatkan bilik pentadbiran, dilaporkan terbakar hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis ketika dihubungi Bernama berkata 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat KLIA dikejarkan ke lokasi kejadian, selepas menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 6.15 petang.
“Api berjaya dipadamkan dalam masa 30 minit dan tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kebakaran itu,” katanya.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof turut mengesahkan kejadian kebakaran di IPD itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Hari ini tular di media sosial video yang memaparkan kejadian kebakaran di sebuah bilik di tingkat satu IPD Sepang, selain beberapa video lagi memaparkan kebakaran dan kepulan asap hitam kelihatan dari luar IPD tersebut.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...