
Bilik Gerakan PN Telok Mas ditutup, satu kes positif COVID-19
MELAKA 12 Nov – Bilik Gerakan Perikatan Nasional (PN) di Telok Mas, di sini, diarahkan tutup selama 14 hari susulan terdapat kes positif COVID-19 direkodkan.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Dr Rusdi Abd Rahman berkata, notis penutupan bermula hari ini sehingga 26 November ini.
Katanya, kes positif itu dikesan menerusi ujian saringan awal oleh seorang individu yang berada di pusat gerakan terbabit.
“Notis penutupan sudah dikeluarkan maanakala 23 individu lain menjalani saringan ujian pada hari ini dan masih menunggu pengesahan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Beliau berkata, pihak JKN turut mengeluarkan notis kompaun berjumlah RM10, 000 selepas didapati berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).
“Notis kesalahan itu dikeluarkan kerana didapati tidak menyediakan pengimbas suhu di premis seperti yang diarahkan,” katanya.
Terdahulu tular, notis penutupan Pusat Gerakan PN N 23 Telok Mas yang dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Melaka Tengah.
Notis penutupan itu dibuat me mengikut Subseksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...