Sorting by

×

Bila ‘otai’ memanah dalam bendang

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

SUNGAI RAMBAI 10 Ogos – “Menyertai sukan memanah dalam bendang adalah satu pengalaman baharu dan sangat memenatkan biarpun sudah berpengalaman,” kata Mahadi Mahmood, 55.

Tertarik dengan sukan itu, Mahadi yang berasal dari Ayer Keroh berkata, meskipun sukar namun dia seronok kerana dapat menjalinkan ukhuwah antara satu sama lain ketika menyertai sukan itu.

“Memang tak pernah memanah dalam lumpur kerana biasanya sukan ni kita sertai atas bukit, padang, dalam hutan, dalam hujan, dalam ribut dan ini adalah kali pertama dalam bendang.

“Ia memang satu pengalaman yang unik, tahun lepas saya sertai festival ini untuk aktiviti memancing sebab itu hobi kedua saya, tahun ini kita cuba memanah dalam lumpur pula.

“Biarpun panas dan berlumpur kami sangat seronok,”katanya kepada Melaka Hari Ini pada Festival D’Bendang Melaka 2024 di Kem Benteng Negara di sini, hari ini.

Sementara itu, Nizahullail Omar, 51, sanggup datang dari Kluang, Johor untuk menyertai sukan memanah, di samping mengenali lebih dekat penduduk di Melaka.

“Saya sanggup datang Melaka kerana diajak kawan-kawan memanah. Memang berbeza bila beraksi dalam lumpur kerana ia sangat mencabar.

“Di bendang berlumpur ini kita perlu pandai seimbangkan diri sebab tanahnya tidak rata selain memerlukan fokus yang tinggi.

“Biarpun sudah 10 tahun sertai sukan memang, ini adalah kali pertama memanah di dalam bendang, selain memanah dapat juga saya kenali hati budi orang Melaka” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

297
Kongsi :
Previous post Para SUKMA XXI: Melaka hantar 62 atlet, sasar 9 emas
Next post Baling tin gamit nostalgia kanak-kanak
Ubah saiz-+=