Sorting by

×

Bila Larut Malam peluang bawa keluarga besar ‘ambil angin’ malam

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BANDARAYA MELAKA 4 Ogos – “Untuk keluarga besar seperti saya ini memang berbaloi dan dapat jimat banyak,” itu kata pengunjung Melaka River CRUISE (MRC) Izan Khairani Kassim.

Izan Khairani, 40, berkata, sebagai orang Melaka rugi sekiranya dia dan keluarga tidak merebut peluang penganjuran program Bila Larut Malam kerana tawaran harga tiket adalah jauh lebih rendah.

“Selepas edisi pertama dan kedua tidak dapat turut serta, jadi untuk bulan Ogos ini kami sudah rancang lebih awal untuk sama-sama memeriahkan Bila Larut Malam.

“Untuk kali ini semua 18 orang ahli keluarga terdiri daripada adik-beradik dan anak saudara kami luangkan masa menaiki MRC .

“Memang kami dapat jimat banyak selain harga tiket hanya RM10 malah ada juga tiket percuma,” katanya ketika ditemui di Jeti Pengkalan Rama.

Img 20240804 100606 033
IZAN Khairani bersama anak-anaknya.

Bagi seorang lagi pengunjung, Amira Izzati Halee, 30, berkata, inisiatif yang diperkenalkan Kerajaan Negeri bukan sahaja merancakkan aktiviti pelancongan malah membantu rakyat Melaka berkunjung ke lokasi pelancongan dengan kadar harga istimewa.

“Program Bila Larut Malam ini memang amat membantu keluarga besar seperti saya kerana ia tidak membebankan.

“Dengan harga hanya RM10 kami sekeluarga dapat berkumpul dan meluangkan masa bersama-sama di malam minggu.

“Malah tercapai juga hasrat datuk ingin turut serta kami ‘orang muda’ keluar malam ambil angin,” katanya yang menetap di Bukit Rambai.

Menurutnya, selain meluangkan masa menaiki Melaka River Cruise dia dan ahli keluarga yang lain turut bercadang untuk ke Menara Taming Sari.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

306
Kongsi :
Previous post Program Melaka Bila Larut Malam: Zoo Melaka lebih meriah pada Edisi Ketiga
Next post Suasana malam di Zoo Melaka gamit keterujaan pengunjung
Ubah saiz-+=