Bila Larut Malam : Kaunter tiket Zoo Melaka dibuka jam 5 petang

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 26 Mei – Zoo Melaka mula membuka kaunter bagi pembelian tiket seawal jam 5 petang sempena Melaka Nightlife atau Melaka Bila Larut Malam pada 1 Jun depan.

 

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron berkata ia berikutan pihaknya menjangkakan lebih 5,000 pelancong dan pengunjung membanjiri Zoo Melaka.

 

“Kita sudah bersedia 90 peratus bagi kehadiran pelancong dan pengunjung pada 1 Jun ini, Khamis malam (30 Mei) saya dan staf terlibat akan turun padang pantau keadaan di sana.

 

“Kita cadangkan pembelian tiket (RM10) bermula seawal jam 5 petang sehingga jam 7 malam, kemudian kita berhenti sekejap dan sambung semula pada jam 8 malam.

 

“Pengunjung boleh masuk zoo seawal jam 10 malam, waktu akhir masuk pula adalah jam 12 tengah malam, pembelian tiket tiada had selagi zoo masih dibuka mereka boleh datang sahaja,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

 

Sapiah berkata pihaknya juga akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada hari tersebut.

 

“Persediaan kita macam biasa kakitangan zoo ada turun untuk membantu, pihak polis dan jabatan kesihatan juga dipanggil untuk memudahkan urusan pada hari itu.

 

“Memang kita sudah bersedia, cuma kita akan pantau dan tambah baik apa diperlukan dari semasa ke semasa,” katanya.Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

149
Kongsi :
Previous post Gempa kuat bermagnitud 6.4 Kepulauan Vanuatu – MetMalaysia
Next post Sambutan ulang tahun ke-100 nenek Wa di hotel 
Ubah saiz-+=