Sorting by

×

Biar curiga agar tidak dijerat

Masa Membaca:59 Saat

JASIN 9 Ogos – Warga emas khususnya pesara kerajaan dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan meningkatkan pengetahuan bagi mengelakkan daripada dijerat sindiket penipuan dalam talian atau ‘scammer’.

Pengerusi Pertubuhan Pesara Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS), Datuk Omar Osman berkata, laporan mengenai warga emas membabitkan pesara dijerat scammer hingga mengalami kerugian besar ketika ini amat membimbangkan.

Omar berkata, pesara dinasihatkan agar merujuk kepada mereka lebih arif dan dipercayai jika menerima panggilan atau mesej mencurigakan daripada nombor tidak dikenali.

“Mereka (penipu/scammer) memang menyasarkan golongan seperti kita (pesara), ada yang janji bakal terima pulangan pelaburan namun duit lesap, ada yang kata kita perlu bayar sekian-sekian harga untuk dapatkan barang mahu dibeli, mereka (penipu) ini ada maklumat peribadi kita, jadi jangan terpedaya.

“Saranan saya, sayangi duit kita, itu duit ‘ubat’ kita bila kita sakit atau berada dalam kesukaran dengan kos sara hidup yang semakin tinggi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Sepetang Hari Pesara Peringkat Negeri Melaka, Daerah Jasin.

Program berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin, di sini, semalam turut dihadiri Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi dan Pengerusi KUPEKMAS Melaka, Hamidah Ahmad.

anggani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1006
Kongsi :
Previous post Belanja RM30 dapat pulangan RM20
Next post Teruskan bayaran pencen mengikut amaun asal tahun hadapan
Ubah saiz-+=