Sorting by

×

Bertutur dalam Bahasa Melayu resepi kejayaan P Selvi juara pidato

Masa Membaca:1 Minit, 39 Saat

AYER KEROH 21 Okt – Sentiasa bertutur dalam Bahasa Melayu selain bergaul dengan rakan berbangsa Melayu menjadi antara resepi seorang surirumah India merangkul johan dalam Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan.

P Selvi, 46 yang meraih tempat pertama dalam kategori bukan Melayu pertanding pidato Piala Pusing Tuan Yang Terutama (TYT), Yang di-Pertua Negeri Melaka melahirkan rasa terkejut kerana tidak menyangka memenangi kategori itu berikutan semua pesaingnya agak hebat.

Katanya, sejak dibangku sekolah dia sentiasa menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi harian hingga berjaya menguasai Bahasa Kebangsaan itu dengan baik.

“Saya mempunyai ramai kawan Melayu, malah bangsa lain juga Cina dan India, jadikan bahasa perantara kami adalah Bahasa Melayu.

“Dalam masa sama, saya tidak lupakan pengaruh media termasuk televisyen kerana dengan menonton rancangan berbahasa Melayu, secara tidak langsung saya menguasai bahasa itu.

“Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan, jadi untuk menguasai bahasa kebangsaan, kita perlu terima dengan sepenuh hati dahulu, baru kita boleh menerima ilmu itu dengan baik dan kemudian barulah kita usahakan cara untuk menguasai bahasa itu sendiri,” katanya.

Abd Malik Mohamad

Dia berkata demikian selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan pidato berkenaan di Dewan Seri Utama Pejabat TYT di sini, hari ini.

Terdahulu, Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan itu disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamad.

Hadir sama, Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Wira Ar Ismail Othman.

Sementara itu, pemidato terbaik yang juga johan bagi kategori awam, Abd Malik Mohamad Shah, 54 yang berkhidmat sebagai guru Bahasa Melayu berkata minatnya terhadap pengucapan awam bermula mula berkecimpung dalam dunia sajak.

“Sejujurnya ketika dimaklumkan saya berjaya mendapat tempat dalam pusingan akhir, saya agak terkejut kerana saingan agak sengit.

“Saya tidak nampak di mana kekuatan saya namun disebabkan semangat juang yang tinggi, saya bersyukur akhirnya dinobatkan sebagai johan,” katanya.

 

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1214
Kongsi :
Previous post UMNO tak akan bekerjasama dengan Bersatu, noktah!
Next post UMNO enggan menang dengan cara ‘tunggang’ masalah orang lain
Ubah saiz-+=