Bertani jadi terapi ‘bekas YB’

Masa Membaca:2 Minit, 19 Saat

KUALA LINGGI 9 Februari – Bukan sekadar hobi untuk mengisi masa terluang selepas bergelar ‘orang pencen’, sebaliknya apa yang dilakukan adalah untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan nikmat berkebun di sekeliling rumah.

Sejak dua tahun lalu Datuk Wira Ar. Ismail Othman, giat memenuhkan segenap ruang kosong di halaman kediamannya di Kampung Permatang, Kuala Linggi Masjid Tanah, di sini, dengan pelbagai pokok buah-buahan dan sayur-sayuran.

Ketika melangkah masuk ke kediamannya penulis berasa terpegun dengan pelbagai jenis tanaman dalam bekas plastik seperti, nanas, pelbagai jenis limau, bendi, kunyit lengkuas, cili padi, sawi dan bayan yang disusun kemas.

Lebih menambahkan geram hati penulis apabila melihat pokok buah-buahan sudah hampir masanya untuk dituai, makanakala sayur pula boleh dipetik pada bila-bila masa.

hobi pencen 2
TANAMAN sayuran hidroponik yang diusahakan Ismail di belakang rumahnya.

Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi ini berkata, meskipun sudah tidak lagi bergelar Yang Berhormat (YB) dirinya berasa terpanggil untuk mengajak orang ramai berkebun dan memanfaatkan ruang yang ada di kediaman masing-masing.

“Lebih elok kita hijaukan halaman rumah dengan tanaman boleh membawa manfaat. Semuanya ada lebih daripada mencukupi jika sekadar untuk kegunaan saya dan ahli keluarga. Kalau pada sambutan perayaan utama pula saya hanya beli daging dan ayam sahaja untuk masak hidangan di pagi raya.

“Saya mahu tunjukkan contoh kepada masyarakat, jika diusahakan dengan tekun dan bersungguh-sungguh boleh menjana pendapatan kerana sayur-sayuran sentiasa ada permintaan di pasaran.

“Jika boleh saya mahu buat lebih lagi, tetapi ada masanya kepenatan untuk lakukan semua benda seorang diri,” katanya.

hobi pencen 3
CENGKERANG telur yang dipecahkan dijadikan baja antara rahsia tanaman Ismail kekal subur.

Katanya penggunaan racun diminimakan kerana bagi menghalau serangan serangga dan penyakit dia mengamalkan teknik organik seperti semburan bawang putih serta campuran beberapa bahan semula jadi yang lain.

Begitu juga dengan kaedah pembajaan yang menggunakan kulit telur dan sisa kulit bawang yang memberikan sumber yang amat diperlukan tumbuh-tumbuhan untuk membesar dengan subur.

Sementara itu Ar. Ismail turut memproses sendiri kompos mengggunakan sisa kebun dan haiwan seperti kambing yang bersama sekam padi serta sabut kelapa sudah diproses untuk dijadikan media tanaman.

hobi pencen 4
ISMAIL menunjukkan salah satu hasil tanaman limau kumkuat yang menguntungkan jika berbudi kepada tanah.

“Apa yang saya harapkan lebih ramai yang aktif dalam aktiviti kebun bandar. Sebenarnya masalah kekurangan sayur boleh diatasi jika bertani di sekeliling rumah menjadi amalan orang kita. Tidak mustahil kita dapat kurang import dan kebergantungan kepada sumber makanan daripada luar.

“Selain menyihatkan badan berkebun ini adalah tetapi bagi saya, jika sebelum ini mungkin ada tertawa jika bercakap mengenai ada orang bercakap dengan pokok, sekarang itulah yang saya lakukan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3570
Kongsi :
Previous post Anggota komando hilang, belum ada petunjuk
Next post Hentian 50 kuih ‘Simpang Ompek’
Ubah saiz-+=