
Bertam Ulu FC juara Divisyen 2 Liga Melaka
PASUKAN Bertam Ulu FC muncul juara Liga Melaka Divisyen 2 selepas menewaskan Duyong Fighters 3-2 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Hang Tuah, 31 Julai lalu.
Pada aksi yang mendebarkan itu, Bertam Ulu FC membolosi jaring lawan seawal minit ke-3 permainan menerusi Muhammad Iderus Ali.
Namun Duyong Fighters FC bangkit berjaya bangkit menyamakan kedudukan tujuh minit selepas itu menerusi sepakan Muhammad Fikri Johari.
Keputusan 1-1 itu bagaimanapun kekal sehingga tamat separuh masa pertama meskipun Bertam Ulu FC mendominasi perlawanan dengan kawalan 60 peratus.
Bersambung di babak kedua, Bertam Ulu FC berjaya di depan hasil jaringan Muhaimad Suhairy Jefri pada minit ke-60 dan Muhammad Haziq Othman pada minit ke-74.
Walaupun Duyong Fighters FC cuba untuk bangkit di minit akhir perlawanan menerusi jaringan Muhammad Fikri Johari, namun ia tidak cukup untuk menyekat kemenangan Bertam Ulu FC.
Selaku johan, Bertam Ulu FC membawa pulang hadiah kemenangan RM8,000 berserta piala manakala Duyong Fighters membawa pulang RM5,000 selaku naib johan.
Tempat ketiga pula disandang Bara FC dan Durian Tunggal United yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM2,500.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA MENTERI JEMPUT RAKYAT MELAKA MERIAHKAN SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI
TANJUNG BIDARA 26 Mac - Orang ramai khususnya rakyat Negeri Melaka dijemput dan alu-alukan untuk bersama-sama hadir, seterusnya memeriahkan Sambutan...
RM9 JUTA KEMBANGKAN SEKTOR AKUAKULTUR MELAKA
TANJUNG BIDARA 26 Mac - Menjadi hasrat Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh untuk melihat lebih ramai nelayan...
PEMBERIAN EX-GRATIA KEPADA NELAYAN DIPERCEPATKAN
TANJUNG BIDARA 26 Mac - Pemberian ex-gratia kepada nelayan terjejas akibat pembangunan Kuala Linggi International Port (KLIP) yang dipercepatkan adalah...
YB DUYONG MAHU BERAYA DENGAN ANAK-ANAK ‘TERABAI’
DUYONG 26 Mac - Tatkala 1 Syawal menjadi hari untuk seisi keluarga berkumpul dan bermaaf-maafan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)...
JMK PELUANG KOPERASI JANA PENDAPATAN, BANTU GOLONGAN SASARAN
AYER KEROH 26 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Melaka akan terus menganjurkan program Jualan Madani Koperasi (JMK) di lokasi...
KERAJAAN NEGERI TINGKAT PERUNTUKAN, PERKASA KOPERASI DI MELAKA
AYER KEROH 26 Mac - Kerajaan Negeri memperuntukkan sehingga RM300,000 bagi membangunkan koperasi -koperasi di Melaka. Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi...