Sorting by

×

BERSATU Melaka hormati keputusan UMNO

Masa Membaca:57 Saat

SERKAM 9 Okt – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menghormati pendirian UMNO untuk tidak menjalin kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Naib Presiden Bersatu, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, pihaknya akur dengan keputusan yang diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak kerjasama itu.

Katanya, keputusan itu adalah hak dan pendirian dalam menentukan perjuangan parti masing-masing.

“Kita menghormati pendirian Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan tidak akan bekerjasama dengan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Hari Sukan Negara peringkat negeri di Dewan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Serkam di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya bagaimanapun tidak bersendirian dalam memperjuangkan pendirian parti dan mempunyai tiga gabungan parti di peringkat Semenanjung.

“Dalam Perikatan Nasional (PN) kita ada tiga parti iaitu BERSATU, Pas dan Gerakan (Parti Gerakan Rakyat Malaysia).

“Jadi kita sentiasa menjalinkan kerjasama yang erat antara ketiga-tiga parti komponen dengan Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Sebelum ini, Ahmad Zahid dilaporkan berkata tidak akan menjalin kerjasama dengan BERSATU susulan pengumuman pembubaran DUN Melaka yang menyebabkan PRN perlu diadakan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

362
Kongsi :
Previous post Zoo Melaka catat 10 peratus tambahan haiwan
Next post Idris dan Noor Effandi pulangkan kenderaan rasmi
Ubah saiz-+=