Bersatu Bahagian Jasin masih utuh

Masa Membaca:58 Saat

JASIN 24 Ogos – “Jangan cuba memecah belahkan dan mengganggu gugat kami. Kami masih utuh bersama seperti adik beradik.

“Jika sebelum ini mereka diterima dengan cara baik, jadi kami minta yang tidak sehaluan dengan Parti Bersatu keluar dengan cara baik juga,” kata Ketua Bahagian Bersatu Jasin Dr. Mohd Yadzil Yaakub.

Menurutnya, pihaknya kesal apabila terdapat pihak yang cuba memecah belahkan parti itu dengan membuat spekulasi tidak benar.

Katanya, pihaknya tidak menghalang jika terdapat ahli yang ingin keluar Bersatu dan mahu menyertai parti lain tetapi jangan sesekali bertindak cuba memecah belah dan menjatuhkan parti terutamanya Bersatu Bahagian Jasin dengan cara kotor.

“Saya yakin ada yang keluar parti tetapi dalam jumlah yang terpencil tidak seperti yang diuar-uarkan sebelum ini sehingga 200 orang dan tiada borang keluar parti diterima kami sehingga kini.

“Malah pengakuan individu yang kini menyertai parti baharu Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) mendakwa dirinya bekas Ketua Cawangan Kampung Rim juga adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Mohd Yadzil berkata, pihaknya juga tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis, jika isu ini terus berlarutan dengan menimbulkan spekulasi tidak sihat selain Bersatu Bahagian Jasin menyatakan pendirian tetap menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Views:

422
Kongsi :
Previous post Taman Interaktif Dinosaur bakal jadi tarikan baharu Zoo Melaka
Next post Setinggi-tinggi Tahniah kepada YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali Ketua Menteri Melaka Di atas Penganugerahan Darjah Utama Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk Seri Utama. Setulus ikhlas daripada Ahli Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Operasi, dan seluruh warga kerja Melaka Hari Ini.
Ubah saiz-+=