Sorting by

×

BERMALAM DI HANG TUAH CENTRE, PROGRAM BUKA TIRAI 2025

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

DUYONG 2 Januari – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) membuka tirai 2025 dengan melaksanakan Program Bermalam di Muzium bermula di Hang Tuah Centre (HTC) hari ini.

Pengurus Besar PERZIM, Erne Hamsah berkata seramai 80 pelajar dan tujuh orang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ghafar Baba akan merasai pengalaman bermalam di kompleks terbabit.

Katanya, pengalaman bermalam di muzium bagi tempoh satu malam itu bertujuan untuk memupuk semangat patriotik selain memberi pengalaman berharga kepada peserta.

“Peserta bermalam dengan dikelilingi pelbagai artifak, tempoh satu malam juga memberi masa yang mencukupi buat mereka untuk mendalami dan mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai bahan bersejarah yang dipamerkan.

“Diharapkan, penganjuran program seumpama ini menyuburkan lagi semangat cinta pada tanah air dan memupuk apresiasi generasi muda terhadap warisan sejarah, seni dan budaya negara selain menjadikan mereka lebih dekat serta cakna mengenai peranan muzium,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Erne berkata sepanjang 2024 pihaknya menerima tujuh tempahan bagi penganjuran program seumpama itu semasuk menerusi Program Bermalam Di Muzium Perdana berlangsung pada 31 Ogos.

“PERZIM menerima tempahan dengan bayaran bermula RM65 bagi setiap peserta, jumlah yang akan mengambil bahagian dan tarikh penganjuran boleh ditentikan oleh mereka.

“Setakat ini program bermalam di muzium dibenarkan di Hang Tuah Centre di Duyong; Muzium Samudera dan Muzium Istana Kesulatanan Melaka di Banda Hilir,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

948
Kongsi :
Previous post TINDAKAN TATATERTIB, 147 PEGAWAI, ANGGOTA POLIS DIBUANG KERJA
Next post BANJIR TERMENUNG: RIBUAN ANAK IKAN MUNCUL, PENDUDUK PASIR MAS RAIH PENDAPATAN SAMPINGAN
Ubah saiz-+=