Sorting by

×

Berkat resipi mi kari arwah ibu

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

BEMBAN 8 Jun – “Keenakan masakan itu bukan sahaja terletak pada resepinya malah keikhlasan dalam menyediakan hidangan,” kata pemilik warung Mi Kari Kak Long Tehel, Zaidah Mohd Miskhan.

Zaidah, 49, atau lebih mesra disapa Kak Long berkata, sebagai peniaga sudah pasti dia mahukan pelanggannya berpuas hati dengan setiap hidangan yang dipesan, oleh sebab itu penyediaan perlu dibuat dengan sepenuh hati.

Katanya, dia yang sebelum itu hanya membantu arwah ibunya berniaga buah potong dan air balang tidak pernah terfikir akan menjadi ‘tauke’ walaupun premisnya terletak di dalam kampung.

“Selepas berhenti kerja kilang saya bantu arwah ibu berniaga dan bermula dengan buah potong kemudian kami kemudian menjual sarapan pagi. Kini selepas empat tahun pemergian emak saya uruskan sendiri, jika tutup sayanglah sebab emak sudah usahakan.

“Berbekalkan resepi mi kari arwah itu, saya cuba memasak sendiri. Alhamdulillah dapat menarik hati pelanggan selain mereka gemarkan rasa mi kari di sini,” katanya ketika ditemui di warungnya di Kampung Parit Lampung, Tehel, di sini, semalam.

photo1686121889
MENU mi kari yang menjadi tarikan utama pelanggan di warung Mi Kari Kak Long Tehel di Kampung Parit Lampung, Tehel. Foto Iqmal Haqim Rosman.

Menurut ibu kepada empat anak itu, walaupun warung miliknya itu turut menyediakan pelbagai hidangan lain termasuk masakan panas tetapi mi kari menjadi pilihan utama pelanggan serta akan menjadi makanan paling laris.

“Setiap hari saya akan sediakan kuah seperiuk besar yang kuantitinya dianggarkan 54 liter dan kira-kira jam 10 pagi selalunya sudah habis.

“Ada pelanggan yang kata mereka sukakan mi kari di sini kerana kepekatan kuah dan aroma rempah, bagi saya setiap orang punyai cita rasa berbeza-beza namun begitu sebagai peniaga saya amat bersyukur,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

9604
Kongsi :
Previous post 10,109 calon SPM 2022 peroleh semua A
Next post Malaysia kecam tindakan pelawak Singapura perlekeh Malaysia, persenda tragedi
Ubah saiz-+=