Berita kemelut politik Melaka adalah provokasi – Mohd Ridhwan

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BUKIT BARU 9 Julai – Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali menyifatkan kenyataan dari sebuah portal berita mengenai kemelut politik di Melaka sebagai satu bentuk provokasi.

Ujarnya, apa yang dikeluarkan dalam portal berita itu semalam merupakan spekulasi tidak sahih kerana sumbernya juga tidak jelas.

“Saya rasa ini (berita sebuah portal) adalah satu bentuk provokasi yang dilakukan oleh pihak yang tertentu yang memberikan maklumat tidak benar.

“Dan di peringkat saya, saya rasa berita yang dikeluarkan tidak sahih, dan hanya mahu menganggu-gugat kestabilan politik di Melaka.

“Saya menafikan akan berlaku undi tidak percaya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana jika benar hal itu berlaku pasti akan ada perbincangan,” katanya.

MOHD Ridhwan

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program Penyerahan Kit Makanan di Pangsapuri Seri Siantan, di sini, hari ini.

Dalam majlis ringkas itu, kira-kira 170 penerima bakul makanan adalah dalam kalangan penduduk berbangsa Cina dan India di kawasan penempatan tersebut.

Mengulas lanjut, Mohd Ridhwan berkata beliau turut menafikan terdapat duri dalam daging dalam kepimpinan UMNO di Melaka sehingga membawa kepada isu kemelut yang didakwa berlaku.

Ujarnya, provokasi desas-desus kepincangan politik Melaka itu datang dari anasir luar dari parti.

“Saya melihat UMNO Melaka solid, mungkin terdapat berbeza pandangan, namun itu perkara biasa, meski begitu smua berpegang teguh pada akhirnya dalam satu kputusan.

“Yang mengkucar-kacirkan hal ini saya pasti datang dari anasir luar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

985
Kongsi :
Previous post Lemang Aidiladha laris dijual menerusi platform ‘online’
Next post Aidiladha: Hayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail – KM
Ubah saiz-+=