Berita gembira menanti orang Melaka pada Ogos

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

BANDA HILIR 2 Jun – Satu khabar gembira bakal menanti rakyat Melaka pada Ogos depan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Beliau memberi bayangan, berita gembira itu bakal dinikmati dari sudut promosi dan maklumat penuh akan diumumkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadual pada Julai.

“Kali ini, kita akan beri peluang kepada rakyat tempatan untuk menikmati kaedah promosi yang akan kita lakukan.

“Pastinya orang-orang Melaka kena sabar sedikit, saya akan buat pengumuman pada sidang DUN Melaka nanti.

“Pastinya yang terbaik hanya satu negeri, mana lagi, Melaka ler,” katanya pada sidang media Walkabout Bila Larut Malam di sebuah pusat beli-belah di sini, malam tadi.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Salhah Salleh; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem; Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri VP Shanmugam serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman.

Pada sesi ‘walkabout’ itu, Ketua Menteri meluangkan masa sehingga jam 2.30 pagi untuk beramah-mesra dengan pengunjung dan pelancong yang datang ke Melaka bagi menikmati inisiatif Bila Larut Malam yang diperkenalkan pada Sabtu pertama setiap bulan, bermula 1 Jun.

Beliau turut menyantuni peniaga-peniaga di Uptown Pahlawan Walk dan pengayuh beca yang turut serta pada inisiatif berkenaan.

Dianggarkan lebih 40,000 pengunjung dan pelancong membanjiri lokasi pelancongan yang menyertai Program Bila Larut Malam edisi pertama itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

236
Kongsi :
Previous post Melaka Bila Larut Malam tampil kelainan setiap bulan
Next post Lebih 4,000 pelawat serbu Zoo Melaka
Ubah saiz-+=