Sorting by

×

Beribadah harus berpandukan nas dan dalil

Masa Membaca:4 Minit, 22 Saat

 

 

 

 

 

Oleh Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa
Pengerusi Yayasan Nassar

KATA-kata ‘Tidak Pasti, Jangan Kongsi’ telah menjadi tular dalam masyarakat kita apabila
fenomena penyebaran berita-berita palsu sudah semakin parah.

Dengan wujudnya pelbagai media apa sahaja maklumat boleh dicapai oleh sesiapa sahaja, dan ia menjadi jauh lebih mudah.

Berbagai-bagai maklumat tersebar walaupun belum pasti lagi kebenarannya, dan menjadi tular dalam beberapa detik sahaja dari waktu ia mula dicetuskan dan disiarkan.

Dalam realiti ini, antara maklumat yang menjadi pilihan untuk disebarkan dalam kalangan
warga maya di media sosial ialah hal-hal yang berkaitan dengan agama. Ayat-ayat al-Quran; hadis-hadis Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم ;kata-kata hikmah oleh kalangan ulama; pelbagai tazkirah dan sebagainya telah menjadi trend dan ia cukup popular.

Jika kita ambil fenomena ini dari sudut yang positif, ia kelihatan seperti trend yang sihat dan perlu disokong oleh masyarakat. Kita tidak menafikan bahawa tidak ada kehidupan yang lebih baik melainkan kehidupan yang berpandukan arahan, peraturan dan perintah agama.

Walaupun demikian, apabila perkara ini berkaitan dengan agama, ia satu perkara yang sangat penting untuk diambil perhatian dan dilakukan secara berhati-hati. Satu-satu perkara, keputusan ataupun tindakan yang dikaitkan dengan agama seharusnya dibina atas panduan yang betul dan tepat.

Bukannya atas kesedaran semata-mata, ataupun ikut-ikutan yang tidak
berteraskan wahyu Allah SWT dan Sunnah Baginda Nabiصلى الله عليه وسلم.

Contoh yang paling mudah untuk dilihat pada hari ini ialah sebaran atau tularan yang
berkaitan dengan kedatangan bulan Rejab.

Ungkapan ‘Salam Satu Rejab,’  ‘Selamat Menyambut Kedatangan Bulan Rejab’ dan yang seumpamanya menunjukkan ia seolah-olahnya suatu perayaan atau hari kebesaran dalam agama Islam.

Tidak kurang juga ada kalangan mereka yang menyebarkan kelebihan-kelebihan bulan ini dengan amal ibadat tertentu, dan dikaitkan dengan hadis-hadis tertentu daripada Baginda Nabiصلى الله عليه وسلم.

Sehubungan dengan perkara ini Sheikh Yusuf al-Qaradhawi dalam mengulas perkara ini telah menyatakan bahawa, “(Sebenarnya) Tidak ada satu hadis yang sahih pun, yang menyebut tentang bulan Rejab melainkan ia merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram seperti mana yang disebut oleh Allah SWT di dalam kitab-Nya.”

Dalam hal ini kita boleh merujuk Surah at-Taubah, ayat 36 yang menyebut, “حرم أربعة منها ,“yang bermaksud, “…daripadanya empat bulan haram.”

Keempat-empat bulan haram itu ialah Rejab, Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharram.

Sememangnya tidak ada satu hadis yang sahih pun yang mengisahkan secara khusus tentang kelebihan-kelebihan tertentu bulan Rejab.

Apa yang ada hanyalah satu hadis hasan yang berkaitan dengan bulan Rejab, dan hadis tersebut merupakan galakan untuk memperbanyakkan puasa ketika bulan Syaaban.

Dalam perkara ini Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah ditanya dan Baginda menjawab bahawa ia merupakan bulan yang ramai manusia lalai dan kedudukannya yang berada di antara Rejab dan Ramadhan.

Dari sinilah sesetengah manusia cuba menyimpulkan terdapatnya ‘kelebihan’ pada bulan Rejab.

Seterusnya terdapat kata-kata yang didakwa sebagai hadis yang berbunyi,
Syaaban; Allah bulan Rejab, ‘maksud dengan’ رجب شهر الله، وشعبان شهري ورمضان شهر أمتي”
bulanku dan Ramadhan bulan umatku.”

Ia ‘hadis’ yang mungkar dan dhaif. Malahan ramai kalangan ulama yang mengkategorikannya sebagai hadis maudhu’ iaitu satu pembohongan
yang tidak mempunyai sebarang nilai ilmiah mahupun keagamaan.

Terdapat juga ‘hadis-hadis’ lain yang mengisahkan tentang bulan Rejab dengan mengatakan bahawa, sesiapa yang melakukan solat tertentu atau beristighfar dengan jumlah tertentu pada bulan tersebut akan memperoleh pahala tertentu.

Sedangkan sebenarnya semua kenyataan berkenaan hanyalah pembohongan semata-mata. (Sila rujuk: https://archive.islamonline.net/69)

Selanjutnya dalam hal ini, Darul Ifta Mesir pula menyebut bahawa al-Hafiz Ibnu Hajar
al-Asqalani dalam risalah beliau yang dikenali sebagai, «رجب فضل في ورد بما العجب تبيين ,telah
menyatakan bahawa hadis-hadis yang berkaitan dengan kelebihan bulan Rejab telah
dikumpulkan, dan beliau menemui 11 buah hadis yang dhaif dan 21 buah hadis maudhu’.

Antara hadis dhaif yang sering disebut berkaitan dengan Rejab ialah:
إن في الجنة نهرا يقال له: رجب، أشد بياضا من اللبن وأحلى من العسل، من صام من رجب يوما سقاه هللا من ذلك النهر»
»،

Dengan maksud, “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebatang sungai yang dikenali sebagai Rejab yang warnanya lebih putih daripada susu, dan rasanya lebih manis daripada madu.

Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Rejab satu hari, maka dia akan diberi minum oleh Allah SWT dari sungai tersebut.”

Contoh lain yang didakwa sebagai hadis seperti mana ia menyebut:
.«اللهم بارك لنا في رجب وشعبان، وبلغنا رمضان»

Dengan maksud, “Ya Allah! Berikanlah keberkatan kepada kami pada bulan Rejab dan
Syaaban, dan sampaikanlah kepada kami bulan Ramadhan.”

Kedua-dua ‘hadis’ ini adalah dhaif. Manakala antara hadis maudhu’ yang berkaitan dengan
bulan Rejab pula menyebut bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم mendirikan solat sebanyak 14 rakaat pada malam pertengahan bulan Rejab dengan bacaan-bacaan dari surah-surah tertentu. (Sila rujuk: http://www.almasryalyoum.com/news/details/2255548)

Berdasarkan pandangan-pandangan ini, sememangnya amat wajar untuk kita berasa ghairah dalam melaksanakan ibadah, menghidupkan syariah dan meninggikan syiar Islam.

Bagaimanapun, syiar Islam yang hendak dimuliakan dan ditinggikan ini seharusnya selari dan bertepatan dengan tuntutan syariah.

Sementara amalan berdoa, berzikir dan mengingati Allah itu merupakan tuntutan yang seharusnya sentiasa ada pada diri kita sebagai individu Muslim tanpa mengaitkannya dengan masa-masa tertentu seperti hari atau bulan-bulan yang khusus, melainkan sekiranya wujud nas dan dalil yang jelas yang memerintahkan kita sebagai umat Islam untuk melakukannya.
الله اعلم بالصواب

Views:

2887
Kongsi :
Previous post Konflik manusia-gajah di Sabah perlu segera dinoktahkan
Next post FAMA bantu Johor jual nanas Morris RM1 sebiji
Ubah saiz-+=