Beri peluang peniaga bazar Jalan Hang Tuah niaga – MBMB

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

AYER KEROH 20 April – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bersedia membantu peniaga bazar di Jalan Hang Tuah untuk berpindah ke tapak baharu termasuk di bazar Klebang berikutan kurang sambutan pengunjung.

Ia bagi mengelak peniaga yang menyewa di tapak itu terus mengalami kerugian kerana tidak dapat menjual barangan mereka.

Setiausaha MBMB Sulaiman Atan berkata, bagaimanapun peniaga perlu memastikan jika ada tapak yang kosong di bazar Klebang.

“Berhubung dengan pemindahan peniaga ke bazar Klebang ia bergantung kepada sama ada kekosongan tapak niaga atau tidak.

“Keduanya, mengenai bayaran sewa ditetapkan oleh penganjur di sana, sebab bayaran sewa sudahpun dibuat peniaga sebelum ini kepada penganjur di bazar Jalan Hang Tuah iaitu Koperasi Progresif Rakyat Negeri Melaka Berhad.

“Kita dimaklumkan sewa bazar Jalan Hang Tuah untuk satu tapak RM2,500 tapi di Klebang kita tak pasti,” katanya kepada MHI selepas Program Pengagihan Bubur Lambuk Kepada Anggota MBMB anjuran Nestle di MBMB di sini, hari ini.

Menurutnya, MBMB juga berharap penganjur bazar Klebang dapat bertolak ansur dengan memberi potongan harga sewa jika peniaga yang terkesan itu dapat berpindah ke bazar itu.

“Kita harap jika penganjur bersetuju mungkin mereka boleh bagi peluang kepada peniaga ini sebab mereka dah bayar untuk bazar di Jalan Hang Tuah.

“Atau penganjur di Jalan Hang Tuah juga boleh pulangkan kembali sewa tapak itu,” katanya.

Beliau diminta mengulas isu hanya tiga peniaga sahaja mendaftar untuk berniaga di bazar Jalan Hang Tuah ketika ini daripada 100 khemah yang disediakan penganjur.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

497
Kongsi :
Previous post Atlet kebangsaan tidak boleh beralih angin sewenang-wenangnya- KOM
Next post 150 warga Alor Gajah terima sumbangan Ramadan
Ubah saiz-+=