Berguru dengan Hidilyn Diaz, Nurul Syasya kini kebanggaan Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 46 Saat

AYER KEROH 21 September – Ilmu ditimba daripada pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Hidilyn Diaz banyak membantu gadis 13 tahun ini untuk menyumbang emas dalam sukan angkat berat pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022, semalam.

Kemenangan atlet termuda, Nurul Syasya Khairina Syamsur itu, juga mencipta sejarah baharu buat Negeri Melaka apabila buat pertama kalinya membawa pulang emas dalam acara angkat berat pada temasya Sukma.

WhatsApp Image 2022-09-20 at 9.31.53 PM (1)
SAAT gemilang Nurul Syasya, selepas diumumkan sebagai pemenang emas.

Pengurus Pasukan Angkat Berat Sukma 2022 Melaka, Imran Lamin berkata, kejayaan itu sememangnya layak diraih Nurul Syasya yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nyalas kerana disiplin dan kesungguhannya selama ini.

“Dia (Nurul Syasya) tahu faham mengenai angkat berat, apa yang boleh dibuat dan tidak boleh, dia sangat patuh pada arahan jurulatih.

“Daripada aspek pemakanan dia banyak mengambil makanan tinggi protein seperti ayam dan daging, kalau karbohidrat kena kurangkan sebab perlu jaga berat badan sebagai atlet.

WhatsApp Image 2022-09-20 at 9.31.52 PM
KESUNGGUHAN Nurul Syasya, membolehkan dia menyumbang emas untuk Negeri Melaka.

“Nurul Syasya adalah anak didik Hidilyn Diaz, dia berlatih sejak 2020 semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) lagi, dengan dorongan ibu bapa, hari ini (semalam) dia mengharumkan nama Negeri Melaka,” katanya.

Lebih manis Nurul Syasya turut menewaskan atlet pelapis angkat berat negara, Nilcy Tunik, 21, berasal dari Sabah.

WhatsApp Image 2022-09-20 at 9.32.15 PM
NURUL Syasya berkongsi kejayaan bersama Adun Asahan Fairul Nizam Roslan, jurulatih dan pegawai angkat berat Negeri Melaka.

“Nurul Syasya tampil cemerlang dalam kategori 49 kilogram (kg) berjaya melakukan angkatan 54kg bagi acara ‘snatch’ dan 81 kg ‘clean and jerk’, sekali gus mencatatkan angkatan keseluruhan 135kg dan menewaskan pencabar terdekat di tempat kedua.

“Ini bukanlah kejayaan pertamanya, sebelum ini juga Nurul Syasya antara atlet kita yang paling menyerlah dalam kejohanan angkat berat.

“Lima kali kita hantar dia ke peringkat kebangsaan bagi kategori junior dan kesemuanya dia menang emas. Jadi, kita memang bangga kerana kali ini dia berjaya mencipta kejutan di Sukma dan menjadi emas pertama Melaka dalam sukan angkat berat,” katanya

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4618
Kongsi :
Previous post Sukma: Dua atlet muaythai Melaka hampiri kilauan emas
Next post Tindakan mahkamah jika gagal carum Perkeso
Ubah saiz-+=