Sorting by

×

Bergelut cari kerja, harap rezeki di karnival kerjaya

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

GADEK 9 Oktober – Meskipun kecewa susulan penutupan syarikat, namun itu bukan alasan seorang wanita untuk mencuba nasib pada Karnival Kerjaya MyFuture Jobs.

Justeru, Norhafiza Abd Manan, 27 berkata, platform disediakan Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) ini bagus untuk pencari kerja sepertinya yang bergelut mencari peluang pekerjaan.

“Saya sudah bekerja selama tiga tahun di sebuah syarikat sebelum ini, namun akibat syarikat itu tidak mampu menanggung kerugian jadi ia terpaksa ditutup.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kerajaan menyediakan platform memudahkan pencari kerja seperti saya menerusi MyFuture Jobs dan berharap rezeki saya kali ini berpihak pada saya,” katanya ketika ditemui di karnival berkenaan di Mydin Pulau Sebang pada Sabtu.

photo_2023-10-09_13-46-01
R Turgashini

Nada sama turut disuarakan R Turgashini, 26 yang mengharapkan rezeki kali ini berpihak kepadanya kerana hampir setahun gagal mendapatkan pekerjaan.

Katanya, sebelum ini dia bekerja di Singapura sebagai pengawal keselamatan selama tiga tahun namun permit pekerjaannya di republik itu sudah tamat dan tekad untuk pulang ke kampung halamannya di Tampin, Negeri Sembilan.

“Sudah setahun lamanya saya tidak ada kerja tetapi saya tidak putus harapan dan terus mencuba nasib dengan menyertai semua karnival kerjaya disediakan kerajaan.

“Karnival kerjaya adalah platform terbaik untuk semua rakyat kerana ada sesetengah orang tidak tahu bidang kerjaya yang mahu dipilih dan apabila kita sendiri hadir sendiri, baru tahu peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan pengalaman dan kelayakan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1195
Kongsi :
Previous post Pemilik bas dipandu mengundur beri keterangan esok
Next post CTRM hab kalibrasi rantau Asia Pasifik
Ubah saiz-+=