Berganding bahu majukan Melaka – Hee Sem

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

SERI NEGERI 26 Ogos – Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem akan terus bekerjasama dan memberikan sokongan penuh terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.

Ahli Dewan Undangan Negeri Machap Jaya ini berkata ia termasuklah bekerjasama dengan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bagi memastikan Kerajaan Negeri terus cemerlang, sekali gus merancakkan lagi sektor pelancongan dan pelaburan.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri terutama Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh atas Penganugerahan Darjah kebesaran Negeri Melaka.

“Kita berharap kepimpinan Ketua Menteri pada masa akan datang dapat merancakkan lagi sektor pelancongan dan pelaburan di negeri ini.

“Sebagai Exco Kerajaan Negeri, saya akan sentiasa bekerjasama dalam satu pasukan bagi memberikan sokongan penuh kepada Ketua Menteri memerintah negeri ini,” katanya.

Beliau bekata demikian pada sidang media selepas menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) yang membawa gelaran Datuk pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, semalam.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Tun Dr. Mohd Ali pada sesi kedua istiadat berkenaan yang membabitkan seramai 325 penerima.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

822
Kongsi :
Previous post Atlet Melaka cipta banyak kejutan di SUKMA Sarawak
Next post Lokasi baharu sambutan Hari Kebangsaan lebih selesa – Ab Rauf
Ubah saiz-+=